30.5.15

UBAT SAKIT MATA ATAU KETUMBIT DENGAN DAUN SIRIH

-Assalamualaikum-
Hyeee uolssss !!!
Harini cik belbel nak share dengan korang tentang satu teknik atau rahsia yang cik belbel pun baru tahu selepas 22 tahun dekat atas muka bumi ni.

Minggu lepas kalau tak silap lah kan iolsss cik belbel entah macam mana cik belbel rasa mata cik belbel ni sakit. Memang ada rasa macam nak kena "ketumbit" Sapa pernah kene ? Sakit kan. Dia punya sakit macam kita nak kena sakit mata tu lahh.
Orang selalu kaitkan ketumbit ni dengan menghendap orang tengah erkk erkk "buang air besar" padahal takde kene mengene ponnn.

Hasil carian imej untuk ketumbit 
Ok like this la ketumbit tu, tapi ni bukan mata cik belbel tapi mata encik google. HAHA
Tapi cik belbel punya ketumbit ni belah bawah dan dalam mata. Maksudnya dekat dalam kelopak mata lah. 
Malam kedua tu cik belbel tidur memang rasa macam esok pagi ni mata tak boleh nak bukak lah sebab banyak taik mata kot. memang rasa dia sebijik macam sakit mata. Kalau sakit mata kita akan makan buah betik kan, kita makan dengan biji biji dia sekali. Tapi ketumbit tak kan makan betik juga kot. Cik belbel ada terbaca dekat google antara sebab kene ketumbit ni

  • Menggunakan mekap dan tidak dibersihkan
  • Diabetis
  • tekanan
  • pertukaran hormon
  • kurang vitamin C
Tu sikit je lah sebab yang cik belbel dapat kongsi.
nak tahu tak ubat dia apa. Pagi pagi bangun tu cik belbel mengadulah dekat mak cik belbel sebab mata cik belbel dah bengkak kot, lepas tu asik berair je, gatal semua. 
Mak cik belbel suruh ambil daun sirih, alah daun sirih yang orang buat sirih junjung tu lah

Hasil carian imej untuk sirih
ni haaa daun sirih. Ni pun bukan sirih rumah cik belbel. HAHA
Ambil daun sirih tu 7 helai, panggang atau lalu kan dekat api lepas tu letak dekat mata. Alahh buat macam nak terap. Yeke terap ? Lupa lah apa perkataan tu. HAHA
Jangan panas sangat lepas tu korang terap pulak. Suam suam macam tu korang teraplah slow slow. Jangan lupa baca selawat tau ! InsyaAllah boleh baik. Cik belbel guna 14 helai daun sirih then esok baik dah takde bengkak lagi ! yeayyyy !

Ok tak petua tu ? Terima kasih tu Mak cik belbel yeee !
Ok ada rezeki cik belbel share lagi petua yang menarik.

No comments:

Post a Comment

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu