30.5.15

UBAT SAKIT MATA ATAU KETUMBIT DENGAN DAUN SIRIH

-Assalamualaikum-
Hyeee uolssss !!!
Harini cik belbel nak share dengan korang tentang satu teknik atau rahsia yang cik belbel pun baru tahu selepas 22 tahun dekat atas muka bumi ni.

Minggu lepas kalau tak silap lah kan iolsss cik belbel entah macam mana cik belbel rasa mata cik belbel ni sakit. Memang ada rasa macam nak kena "ketumbit" Sapa pernah kene ? Sakit kan. Dia punya sakit macam kita nak kena sakit mata tu lahh.
Orang selalu kaitkan ketumbit ni dengan menghendap orang tengah erkk erkk "buang air besar" padahal takde kene mengene ponnn.

Hasil carian imej untuk ketumbit 
Ok like this la ketumbit tu, tapi ni bukan mata cik belbel tapi mata encik google. HAHA
Tapi cik belbel punya ketumbit ni belah bawah dan dalam mata. Maksudnya dekat dalam kelopak mata lah. 
Malam kedua tu cik belbel tidur memang rasa macam esok pagi ni mata tak boleh nak bukak lah sebab banyak taik mata kot. memang rasa dia sebijik macam sakit mata. Kalau sakit mata kita akan makan buah betik kan, kita makan dengan biji biji dia sekali. Tapi ketumbit tak kan makan betik juga kot. Cik belbel ada terbaca dekat google antara sebab kene ketumbit ni

  • Menggunakan mekap dan tidak dibersihkan
  • Diabetis
  • tekanan
  • pertukaran hormon
  • kurang vitamin C
Tu sikit je lah sebab yang cik belbel dapat kongsi.
nak tahu tak ubat dia apa. Pagi pagi bangun tu cik belbel mengadulah dekat mak cik belbel sebab mata cik belbel dah bengkak kot, lepas tu asik berair je, gatal semua. 
Mak cik belbel suruh ambil daun sirih, alah daun sirih yang orang buat sirih junjung tu lah

Hasil carian imej untuk sirih
ni haaa daun sirih. Ni pun bukan sirih rumah cik belbel. HAHA
Ambil daun sirih tu 7 helai, panggang atau lalu kan dekat api lepas tu letak dekat mata. Alahh buat macam nak terap. Yeke terap ? Lupa lah apa perkataan tu. HAHA
Jangan panas sangat lepas tu korang terap pulak. Suam suam macam tu korang teraplah slow slow. Jangan lupa baca selawat tau ! InsyaAllah boleh baik. Cik belbel guna 14 helai daun sirih then esok baik dah takde bengkak lagi ! yeayyyy !

Ok tak petua tu ? Terima kasih tu Mak cik belbel yeee !
Ok ada rezeki cik belbel share lagi petua yang menarik.

29.5.15

CPUV MAXIS ONEPLUS ONE DAN COLGATE 360 CHARCOAL GOLD

-Assalamualaikum-
 Yeayyyy ! Cik belbel dapat cpuv baru dari Nuffnang. Hahaha haritu cik belbel ada hantar ticket deat Nuffnang kenapa cik belbel dah kurang dapat cpuv. Ok ni dia En Nuffnang dah bagi. HEHE


Sekarang ada 3 iklan tengah berlegar legar di dalam blog cik belbel, biasa nya iklan ni cuma akan keluar time pukul 12 ke atas. Cik belbel dah paham sangat dengan time cpuv cik belbel ni. Dari tak dapat terus kan. Terima kasih pihak advertiser !!

Haritu baru je usha web www.maxis.com sebab nak tengok Iphone 6 kalau beli dengan plan maxis. Not bad lah harga dia, jika dibandingkan dengan harga cash. Dah lah dapat phone bulan2 dapat data lagi. Korang boleh tengok lah. 

Siapa lagi yang belum guna ubat gigi Colgate 360 ni ? Korang kena cepat-cepat cuba sebab memang best ! Gigi korang akan putih dan nafas korang akan bertambah fresh. Takde lah orang duduk sebelah pun boleh pengsan kan. 

Terima kasih Nuffang dan advertiser !!!


25.5.15

CPUV MCDONALD'S FAMILY [PC]

-Assalamualaikum-
Alhamdulilah syukur masih diberi untuk menghadap lappy ni untuk menaip entry entry di dalam blog usang ni. HEHE
Seriusly lately cik belbel dah kurang dapat Cpuv tau, pernah haritu terputus cpuv ni. 


Hahaha, harini dapat satu cpuv baru dari advertiser McDonald's Family.
Siapa kat sini suka makan McD? HAHAH cikbelbel hantu burger McD kot. Cik belbel paling suka MChiken dengan Double cheese burger. Sedaappp ! Pehhh tiba tiba teringat bila update blog pasal McD ni !

Mesti ramai yang suka denga icekrim dia? Sedapkan ? Dulu cik belbel kalau balik kampung mesti before naik bas akan beli McD dan makan dalam bas, ahh peduli lah orang tengok ke apa, kita lapar kot. HAHA, gila gamble kan.

Jom share apa fav korng dekat manu McD ???

19.5.15

DRAMA TV3 ISTERI LUAR BIASA

-Assalamualaikum-
Hasil carian imej untuk isteri luar biasa

Drama baru TV3 di slot Akasia yang mengantikan Drama Hati Perempuan yang telah tamat 14 Mei 2015 yang lalu. 
Dia..Isteri luar biasa
.yang dibintangi oleh Fathia Latif, Syukri Yahaya dan juga Keith Foo.
Ost drama Dia  Isteri luar biasa ini dinyanyikan oleh Akim and The Majistret bertajuk "Potret"

So far semalam episod satu macam mana pandangan korang ? Haaa, ok paham baru episod satu mana boleh bagi komen lagi kan. Ok takpe, nanti dah tengah tengah episod cik belbel tanya lagi okehh uolssss.

Tapi bagi cik belbel cerita niada kelainan sebab dia bagi Keith Foo watak yang buat cik belbel tergamam semalam bila tengok ! Siapa sangka Keith Foo yang sado yang handsome dapat watak "lelaki lembut" hahahaha

So? mampu ke drama ni menandingi drama Asam Pedas untuk dia, Arianna Rose, Saya isteri dia.
Terus kan menonton okehhh !

dia isteri luar biasa

15.5.15

JOM JOIN CERIA 1ST GIVEAWAY

-Assalamualaikum-
*Klik banner dan join sekali dua kali tiga kali* 

Alhamdulilah harini dibukakan mata dan hati untuk join GA semula. Mungkin korang dah tak nampak cik belbel join GA kan. haiahh rasa macam dah tua pulakkk. 
Kali ni cik belbel join GA yang simple simple je. Syarat mudah dan ramai boleh join.

cik belbel tag

Jangan lupa join ! hadiah dia banyak. Cik belbel nak floral mask tu !!! hahahaha
ok boiii semua


4.5.15

KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA DUKE

-Assalamualaikum-
Al-Fatihah buat mangsa kemalangan di lebuhraya Duke yang melibatkan Myvi dan juga Pajero

Hasil carian imej untuk kemalangan lebuhraya duke 
Kemalangan yang melibatkan ayah, ibu dan juga baby telah meninggal dua orang anak yang comel.
Ramai saksi yang mengatakan bahawa Myvi yang dipandu oleh FMC ( Family Myvi Club ) 6 buah biji Myvi yang dikata sedang belumba terlanggar dengan pajero yang di pandu oleh arwah. 
Mengikut sumber yang boleh dipercayai Ayah kepada puteri puteri ini meninggal di tempat kejadian manakala ibu dan baby meninggal ketika diperjalanan ke hospital.

Hasil carian imej untuk kemalangan lebuhraya duke
Bertabahlah buat Adik Nur Firuza Amira. 
Dikhabarkan Dato Siti Nurhaliza bakal menjadi kan mereka sebagai anak angkat atasa dasar kasih dan simpati dengan kehilangan ibu dan juga bapanya.

Kepada mereka yang bertanggungjawab cik belbel mohon bertanggungjawab. Nyawa manusia tak semurah itu. Dengan sekelip mata anak sekecil ini telah kehilangan kedua ibu bapa nya. 

Al-Fatihah

1.5.15

HARGA MINYAK RON 95, 97 DAN DIESEL 2015

-Assalamualaikum-
Ramai yang tertanya tanya betul ke minyak naik bulan 5 ni kan ?
Mesti ramai yang dapat mesej kat group group whatsapp atau dekat facebook.
Tapi malam semalam dekat berita takde naik pun pasal harga  minyak naik kan. So maknanya harga minyak untuk bulan 5 ni masih dalam keadaan sama. Jangan risau mungkin harga yang baru yang tersebar tu adalah harga yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.

Namun ada ura ura mengatakan seorang pegawai KPDNKK menyatakan harga minyak RON95 akan mengalami kenaikan sebanyak RM0.20 daripada RM1.95 ke RM 2.15 manakala bagi RON97 tiada harga baru yang disebut.  
 Hasil carian imej untuk harga minyak mei 2015

Apa- apa pun kita tunggu berita yang sahih. Jangan kerana nila setitik habis baju semua warna biru. Habis peribahasa cik belbel. 
Selamat hari buruh semua.
CIK BELBEL KERJA WOI !

EPISOD AKHIR DRAMA TV 3 BENCINTA

-Assalamualaikum-
Tengah rajin mood nak update blog ni.
Tengah tengok Drama tv3 Bencinta yang dilakon kan oleh Fathia dan hero nya Fattah Amin.
Siapa ada tengok Ending dia harini ? 30.04.2015 ?
Harini dengan rasminya tamat lah Drama yang sangat hit ni iaitu Bencinta.
Siapa expect ending drama Bencinta macam ni ?

Hasil carian imej untuk bencinta tv3 
HAHAHA !
seriusly cik belbel terkejut kot dia punya ending bila kawan Nabil si Iqmal tu call Nabila ( nama dah la sama cam cik belbel ) ehh ? cakap yang si Nabil sakit. Rupa rupanya selama ni Nabil amik duit syarikat yang 10% tu buat rumah anak yatim. Serius cik belbel memang menyampah dengan Nabil sepanjang drama ni sebab cik belbel betul ingatkan yang dia ni memang jahat. Ye dia memang jahat tapi ending jahat dia ada kebaikan. HEHE

Hasil carian imej untuk bencinta tv3

Ehhh over pulak iolss ceritakan, Biasa la cik belbel kalau tengok drama memang emosi lebih. HEHE
nak tengok lebih drama cik belbel selalu tengok dekat


Hasil carian imej untuk bencinta tv3

ok jumpa lagi semua !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu