22.12.15

CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU




-Assalamualaikum-
Siapa dah tengok Drama Tv3 Cik Cinderella dan Encik Tengku ni ? Cik belbel dah tengok tau ! And macam biasa lah drama ni lebih menarik dengan adanya Shukri Yahaya !!! HAHAHA
Cik belbel masih mengharapkan dia ok. Maafkan saya Tya. hahaha ok joking !
Shukri Yahya segak nak p mana haaa




Sinopsis Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku

Puteri Nuraisha ( Zahira Macwilson) yang merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga nya setelah bapanya berkahwin baru. Sikap bapanya yang selalu memihak kepada kakak tirinya Sha ( Puteri Aishah ) lebih membuatkan Puteri rasa tidak disayangi. Puteri mempunyai kekasih yang bernama Ashraf ( Shah Iskandar ) seorang lelaki yang sering mengaharapkan wang dari wanitra terumanya Puteri. Dengan sikap Ashrap yang seperti itu membuatkan Puteri merasa bosan dan pada masa yang sama Puteri ada berkenalan dengan Daniel ( Shukri Yahaya ). Bila bersama dengan daniel Puteri merasakan Daniel seorang yang baik dan dia berasa selesa berbanding dengan Ashraf. Setiap hari sikap Daniel sering membuatkan Puteri merasakan harinya berbunga bunga. Di dalam dilema sama ada mengahwini Ashraf atau memilihkan cinta hatinya Daniel.
Dalam pada waktu yang sama ibu tirinya sudah membuat persiapan untuk hari perkahwinan Puteri dan Ashraf. Tanpa Puteri tahu kakak tirinya Sha sedang menjalinkan hubungan cinta dengan tunangnya Ashraf. Tetapi segalanya rahsia terbongkar pabila satu kejadian yang mengaibkan berlaku di antara Sha dan Ashraf membuatkan Puteri hilang rasa untuk mengahwini Ashraf. Dalam pada hati dilanda duka Daniel terus menemani Puteri. Adakah Puteri masih berkeras untuk menerima Ashraf ? Sampai bilakah Daniel sudi untuk menemani Puteri ? 
Cerita ni macam the real of cinderella pulak kan. HAHA btw Shukri yahaya comel sangat dalam dram ni. Ke cik belbel sorang je yang perasan sebab cik belbel minat gila dengan dia ? please answer me !

btw

Sebelum start drama ni Shukri Yahaya ada datang kedai cik belbel tau ! Siap bagitahu yang drama ni start malam ni. HAHA
Nampak Shukri Yahya kat situ, Bersungguh dia angkat motor ye.
Teruja nya cik belbel bila dia datang. Sebenarnya tak tahu pun dia yang datang nak beli motor and then ada kakak tu datang tanya " Dik.. tu pelakon Shukri Yahya ke ? " Aku terus keluar tengok. Sekali dia senyum pehhh !!! 

Termasuk drama cik belbel pulak dah ni. HAHA

Korang wajib tengok cerita ni sebab cik belbel di amanahkan oleh Shukri Yahya suruh korang tengok.
Korang wajib jugak tengok sebab drama dia sangat comel and sweet gitu. HAHA


see u soon ! 
sumber gambar Instagram Shukri Yahaya 


18.11.15

ZARA ZYA DIKECAM PEMINAT KERANA DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

-Assalamualaikum-
Selamat pagi dunia !
Harini cik belbel nak story sikit ada desas desus mengatakan Zara Zya dikecam peminatnya kerana lakonan nya didalam Drama Tuan Anas Mikael sangat gedik ??


 Hasil carian imej untuk zara zya

Korang rasa Zara Zya ni gedik ke dalam Drama Tuan Anas Mikael tu  ? Ok for personal pendapat cik belbel lah kan lakonan Zara Zya sangat best sebab dia macam sempoi je dalam tu. Takde lah sampai tahap gedik or something yang boleh buat kita rasa meluat. Untuk banyak banyak artis cik belbel memang vote Zara Zya. Ok nampak kat situ cik belbel peminat Zara Zya. HAHA

Ok apa komen Zara Zya ?
sumber dari Mstar Online mangatakan 
" Zara Zya hanya mengikut kehendak pengarah demi menjayakan Drama Tuan Anas Mikael. Beliau paham penonton rasa rimas dengan watak Ayu Maisarah yang sering bermonolog di hadapan camera tapi itu merupakan watak beliau sahaja dan diluar negara watak seperti itu sudah lama di lakukan dan hanya di malaysia baru dipraktik kan "
Jadi kepada peminat peminat semua jangan lah kecam Zara Zya ye. Dia cuma belakon ikut kehendak pengarah sahaja. Tapi ok apa watak macam tu. sangat cool ok. hehehe
Yelah mana boleh puaskan hati semua orang ye dak ? hmmm

14.11.15

PANAS ! DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

-Assalamualaikum-
Woww wow ! Selamat tengahari uolss. Selamat berhujung minggu sebab cik belbel update entry ni dah hari sabtu. Seronok lah korang semua cuti kan. Cik belbel ni bertungkus lumus mebanting tulang dekat tempat kerja ni. Disebab kan cik belbel seronok membanting tulang dekat tempat kerja ni maka entry ini pun terhasil kerana cik belbel dah habis marathon Drama Tuan Anas Mikael yang dah sampai episod 4.

Sinopsis Drama Tuan Anas MikaelBonda Tuan Anas Mikael iaitu Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan tempoh selama 3 bulan untuk Tuan Anas Mikael mencari perempuan yang sesuai dengan nya atau pada pandangan mata Bonda Tuan Anas Mikael " Seorang Perempuan Sempurna " untuk dijadikan menantu kerana Tuan Anas telah menolak permintaan Bonda nya yang ingin bermenantukan cucu Tun Akhiruddin, Safra Ariana.
Ayu Maisarah seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kewangan yang sedang mencari kerja akhirnya terpaksa menjadi pembantu rumah Tuan Anas Mikael kerana ingin mengantikan ibu nya yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Anas Mikael.
Setelah hampir 2 bulan Tuan Anas masih tidak ketemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan menantu Bonda nya, maka Ayu Maisarah telah menjadi sebahagian dari rancangan Tuan Anas Mikael tanpa Ayu Maisarah sedari. Bagi Ayu Maisarah dia adalah seorang pembantu rumah merangkap pengurus projek di Krabi.
Tanpa Tuan Anas Mikael sedari, Ayu Maisarah juga menyimpan rahsia besar tentang dirinya. Bagi mengelak kan rahsianya terbongkar Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Di Krabi, Tuan Anas Mikael telah menyata kan cinta nya kepada Ayu Maisarah tetapi telah ditolak secara terang terangan oleh Ayu Maisarah. Bagi mengelakkan peristiwa hitam yang terjadi di dalam keluarga Ayu Maisarah kembali lagi Ayu MAisarah terpaksa menyimpan rasa cinta nya kepada Tuan Anas Mikael. 
Namun... Ayu Maisarah telah menerima  Tuan Anas dihadapan Bonda nya Puas Sri Tengku Anansa untuk menjadi girlfriend bagi mengelakkan Tuan Anas Mikael berkahwin dengan Safra Ariana...
Pehhh memang "drama" sangat cerita TuanAnasMikael ni tau. Drama ini dibintangi oleh

Aaron Aziz sebagai Tuan Anas
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Raja Ilya sebagai Safra Ariana
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla / Kay

Drama Tuan Anas Mikael ini merupakan drama kedua yang cik belbel review untuk Zara Zya belakon selepas Drama Zahira.
Drama Tuan Anas kali ni watak Zara Zya sangat lah awesome ! Sebab watak dia sangat sempoi dan macam biasalah Zara Zya bawa wataka yang sangat menjadi dan eeee suka lah !

Korang boleh tengok Drama Tuan Anas Mikael ni di DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

Dan macam biasa Drama Tuan Anas Mikael ni diadaptasi dari novel Tuan Anas Mikael dari pengarang Syamnuriezmil yang diterbitkan oleh menulisan2u.

10.11.15

TAHNIAH WINNER GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22TH !

-Assalamualaikum-

*Drum background*
Hahaha teruja tak tengok title entry kat atas tu. Bagi SENARAI PESERTA GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22TH mesti teruja sangat kan. Sebelum tu cik belbel nak minta maaf sebab dah terlalu lewat umum winner ni. Janji haritu 3hb kan. Maaf sesangat.
Ok now !

2 WINNER  BODY SPRAY R-SERIES !


http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html



http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html

2 WINNER TOPAP RM 5 






 Tahniah buat semua winner giveaway cik belbel.Dan terima kasih semua !
Ada rezeki kita buat lagi :)
Detail pemenang sila dm cik belbel di Facebook https://m.facebook.com/nabila.awie sebelum hari ahad ni okeh !

JOM UNDI CIK BELBEL DALAM CONTEST REVIEW LYNK.MY
UNDI CIK BELBEL YAWW !!

31.10.15

GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th !

-Assalamualaikum-
Bismilah. Dengan ini cik belbel umumkan yang Giveaway Cik belbel turn to 22th dijalankan !!!

First time cik belbel nak buat Giveaway untuk semua blogger. Giveaway ini cik belbel ada kan sempena Birthday Cik belbel pada bulan October ni !
17. 10 tahun ni genap lah umur cik belbel 22 tahun !
Sepatutnya korang lah kan yang kene bagi hadiah dekat cik belbel ??? HAHA
Tapi kalau ramai yang join ni pun kira nya hadiah lah buat cik belbel. 


SYARAT NAK JOIN GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th !

  1. Buat satu entry yang bertajuk " GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th "
  2. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry cik belbel supaya senang orang lain boleh join.
  3. Bagitahu bila birthday korang dan cerita pengalaman yang tak boleh lupa bila sambut birthday (kalau ada)
  4. Follow blog cik belbel 
  5. Follow Google+ cik belbel
  6. Follow Instagram cik belbel ( kalau ada ) Ig : cikbelbel
  7. Klik iklan yang ada dalam blog cik belbel
  8. Tinggalkan komen entry korang di komen bawah. Bawah link ini sahaja ! Tempat lain cik belbel tak kira. 
  9. Ajak lah kawan kawan join :)

HADIAH BUAT PEMENANG 
ni nama dia body spray dari R series. Wangi !! cik belbel suka bau dia.
2 botol R Series untuk 2x pemenang
2 topup RM 5 untuk 2x pemenang 

** sekiranya ramai penyertaan penambahan hadiah akan diumumkan kemudian**

GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th ini akan tamat pada 31 october 2015 tepat jam 11.59 !

 H A P P Y B I R T H D A Y
C I K B E L B E L !!

30.10.15

MENANGIS BACA CONTEST REVIEW LYNK.MY NI !

-Assalamualaikum-
Bismilah. Siapa pernah gunakan khidmat Lynk.my ?
Alhamdulillah cik belbel dah gunakan khidmat lynk,my ni banyak kali dan hasilnya wow ! Memang sesuai sangat tajuk entry cik belbel ni dengan kandungan apa yang cik belbel nak ceritakan ni.

Ini adalah bukti yang cik belbel dah ada account lynk.my ni. Hehe earning dirahsiakan ye. 
Ok bagi yang dah ada account lynk.my ni TAHNIAH ! cik belbel ucapkan dah korang boleh jump baca cerita kat bawah terus. Kepada yang belum ada account dengan lynk.my ni cik belbel sarankan korang buat. Bagi yang suka buat business online ada blog sendiri yang jana pendapatan, lynk.my ni sangat membantu korang semua. Cik belbel namakan lynk.my ni sebagai " Double Income ".

Kenapa cik belbel katakan lynl.my ni sebagai "Double Income" ?

  1. Pendaftaran adalah PERCUMA !
  2. Boleh menjana pendapatan hanya dengan kongsi sesuatu link dan dipendekkan.
  3. Earning akan dikreditkan sekiranya ada unique visitor yang mengeklik iklan yang korang share!
Sebagai contoh, korang nak share link entry blog korang di laman social Facebook, Instagram, Twitter dan lain lain. Kalau di Twitter had aksara adalah terhad,
http://blogcikbelbel.blogspot.my/2015/10/menangis-baca-contest-review-lynkmy-ni.html
Link yang panjang seperti diatas boleh dipendekan menjadi
http://lynk.my/7bE
Sangat menjimatkan aksara di twitter !
Sekiranya korang menjadikan blog sebagai sebahagian dari pendapatan, korang boleh menggunakan lynk.my untuk meningkatkan lagi pendapatan dengan berkongsi link yang sudah dipendekan ! MUDAHKAN ?

Berbalik kepada tajuk entry cik belbel diatas. Korang serius jangan baca CONTEST REVIEW LYNK.MY ni sebab korang akan tertarik untuk join macam cik belbel ni. Hehe


Dalam hati mesti dah " pehh RM4000 tu " kan kan kan ?
http://support.lynk.my/Thread-CONTEST-REVIEW-LYNK-MY-2015 korang boleh gunakan link ni untuk join CONTEST REVIEW LYNK.MY

SYARAT JOIN CONTEST REVIEW LYNK.MY


Dah tahu syarat mesti nak tahu hadiah kan ?


Macam yang korang nampak di dalam gambar di atas. Ada beberapa katogeri yang lynk.my sediakan. 
  1. TOP lynkUNDI
  2. TOP SEO
  3. TOP CREATIVE
*** Untuk TOP lynkUNDI tu korang boleh lah undi cik belbel KLIK SINI LAH !

Tunggu... Ada lagi...

Kalau tak dapat menang 3 kategori atas yang power baq hang tu, menang untuk kategori 50 terawal pun jadilah. Hadiah boleh tahan menarik ni !

Ok kalau dah siap semua. Entry CONTEST REVIEW LYNK.MY dah siap, Syarat semua dah ikut. Boleh lah hantarkan penyertaan di sini ye.


Fuhhh siap sudah satu entry !
Senangkan nak Join CONTEST REVIEW LYNK.MY ni ? Sebab tu cik belbel dah kata korang menangis baca contest ni. Mesti rasa pehhhh cik belbel ni dah join dulu. HAHAHAAH *ketawa jahat* sebab korang tak join lagi. Untung sabut cik belbel dapat hadiah 50 terawal tu HAHAHAAH.

Cik belbel dah join !




29.10.15

SENARAI PESERTA GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah harini dah 29 october. Masih berbaki lagi 2 hari untuk join GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22TH
masih tak terlambat lagi kalau ada yang sudi join bagi memeriahkan Giveaway ini. Di bawah ni ada senarai peserta yang join Giveaway cik belbel. Alhamdulillah ramai juga yang join. Terima kasih cik belbel ucapkan. Giveaway ni akan tamat pada 31 October 2015. Dan pemenangkan akan diumumkan pada 3 haribulan. Jeeengg jengggg !!! Jangan lupa blogwalking ye :) Cik belbel akan datang pada hari ahad ni ! see yaa:)

  1. http://norossakinah.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  2. http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  3. http://cikhanicruzier.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  4. http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  5. http://akutechikmolek.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  6. http://faranina89.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  7. http://www.nurfuzie.com/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  8. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  9. http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  10. http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  11. http://www.sallysamsaiman.com/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  12. http://sugarpai.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  13. http://ohthrillers.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  14. http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  15. http://music-syasya95.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  16. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  17. http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  18. http://umikasum.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  19. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  20. http://jmbelog.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  21. http://afifahwan.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  22. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  23. http://twinkleeestar.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  24. http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  25. http://yangbaik.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  26. http://frhrn.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
  27. http://www.syahidahfadilah.com/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html


25.10.15

RESEPI HOME MADE PIZZA MUDAH DAN CEPAT

-Assalamualaikum-
Selamat berhujung minggu buat semua blogger yang sudi baca entry cik belbel ni. Korang adalah berbaca yang bertuah sebab dapat resepi percuma dari cik belbel.  Dalam dunia yang serba tinggi nilai hidup bukan mudah tau nak benda percuma. HAHA
ok lah harini cik belbel bosan duduk rumah sebab cuti weekend kan. Jadi kalau cik belbel dh start bosan ni mula lah mengeledah dapur mak cik belbel tu.
Mak : Kau ni baik kerja je lah terus. 
Cik Belbel ; Lah kenapa mak?
Mak : Kalau duduk rumah habis semua kau makan. 
Hahaha sangat teruk ye. Ada ke patut mak cik belbel cakap cik belbel kalau cuti kerja menghabiskan barang dapur je. HAHA
Ok. Stop membebel. Kang lari tajuk pulak.
Cik belbel nak kongsi resepi pizza yang mudah dan cepat. Sekarang ni dah ada kek yang mudah, kek 4 minit lah, kek milo oven lah.

Antara bahan yang dah siap separuh
 Bahan di atas tu dah siap dough dia.

Bahan buat dough roti Pizza
  • 5 - 6 sudu makan tepung naik sendiri 
  • 5 - 6 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 paket yis segera  atau mauripam
  • 1 - 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air suam
  • Sedikit minyak sayur/ minyak masak
Mudah kan bahan bahan nak buat dough pizza ni ? Ni kira macam Pizza Malaysia lah, hehe

Cara - cara nak buat dough pizza
  1. Masuk kan tepung naik sendiri ke dalam bekas
  2. Tambahkan dengan tepung gandum dan gaul sebati
  3. Lubangkan tengah tepung masuk kan yis, garam dan gula
  4. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit
  5. Masuk kan sedikit minyak
  6. Setelah menjadi dough. Letak kan dibawah suhu bilik selama 10 - 20 minit untuk dough mengembang 2 kali ganda.
PENTING !
" Jangan masuk kan air terlalu panas atau terlalu sejuk kerana yis tu seperti benda hidup yang tak suka kepada environment panas dan sejuk. Dia suka suam suam je. " 

" Tak perlu tambah baking powder/soda bikarbonat sebab kita dah gunakan tepung naik sendiri dan juga yis "



Bahan Topping Pizza
  • Tomato puri/sos spageti kimball tu *tapi kat sini cik belbel guna sardin je. Masak kan dengan lada blender hancur hancur lah ikan tu * 
  • 1 - 2 biji bawang holand. Nak pakai bawang lain pun ok.
  • 1 bahagian dada ayam direbus dan siap dicarik 
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan butang. Isi dalam dia ada dalam 10 kot.
  • Lada bangala merah/hijau * cik belbel tak guna sebab cik belbel tak makan*
  • Cheese pizza topping * cik belbel guna jenama perfect italliano*
Cara - Cara menyediakan Pizza
  1. Sediakan loyang untuk bakar pizza nanti. Pastikan loyang disapu dengan mentega terlebih dahulu. *cik belbel guna penutup periuk je* HAHA
  2. Bahagikan dough kepada 2 - 3 bahagian tengok besar makan loyang korang lah.
  3. Lenyekkan dough dengan pengelek. Jangan tebal sangat jangan nipis sangat.
  4. Setelah diletak di dalam loyang. Boleh lah letak kan segala topping yang ada. Atas sekali letak kan Cheese tu kasi meleleh. wuuu !!! haha

Semua bahan simple ja. Senang nak dapat.

ni yang dah siap :)

Siap dah Pizza Malaysia cik belbel, HEHE
Kepada korang korang semua boleh lah buat untuk anak anak atau buat makan malam. makan masa panas ni memang sedap.
Lepas ni takyah dah nak pergi pizzahut atau dominos sebab kat rumah pun hadoo ! HAHA

Ok lah selamat mencuba semua. Adiossss !


22.10.15

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

-Assalamualaikum-
Alhamdullilah bulan ni banyak yang buat Giveaway. Hehe kita kene rajin join Giveaway ni semua sebab ni Cara nak dapat kan iklan dari pihak Nuffnang atau nama lain dia CPUV! 
Kebetulan cik belbel ternampak Giveaway dari Mekzumbie ni. Syarat dia tersangatlah senang nak ikut. 

*klik banner untuk join*

syarat dia cik belbel kene cerita pasal blog Mekzumbie ni. Ok sebenarny cik belbel baru je follow blog Mekzumbie ni, Tapi cik belbel rasa nama Mekzumbie ni unik. Orang sabah sarawak ke ? Mekzumbie tu nama orang ke ? cik belbel masih tertanya tanya ni. 
Ok cik belbel rasa blog Mekzumbie ni menarik sebab entry dia semua tersusun. Lagi satu cik belbel sempat lah klik iklan cpuv dia sebab time cik belbel datang cpuv tu keluar. Yeahhh !!

tarikh tamat giveaway Mekzumbie ni pada 31 oktober

Jemput lah join Giveaway cik belbel sekali :)

GIVEAWAY DUIT SAKU DARI BBL

-Assalamualaikum-
 Wahhh BBL ada buat giveaway lah. Jom ramai ramai ramai join. Syarat dia pun senang :) 


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Join lah Giveaway Cik Belbel Turn To 22th ! sekali :) ni Giveaway cik belbel sendiri !

21.10.15

STATUS CPUV ONGOING ?

-Assalamualaikum- 
Alhamdulilah dah nak penghujung bulan 10 rupanya, pejam celik dah nak masuk tahun 2016 kan.
Untuk bulan 10 ni cpuv dari pihak advertiser agak merundum untuk blog cik belbel. Tapi jangan risau sekiranya status Nuffnang korang masih lagi Glittereti maknanya harapan untuk korang dapat cpuv tu masih ada, Jangan takut !


Tapi macam biasalah cpuv cik belbel ni akan keluar time waktu puncak pukul 12 malam sahaja. HAHA *malu betul cpuv ni nak keluar time siang*

Nampaknya cpuv yang bulan lepas ada lagi yang masih ongoing. Bulan ni ada 5 lagi cpuv yang masih ongoing. Nampak tak bulan ni cpuv yang cik belbel cuma satu satu ? Kalau untuk blog yang trafik tinggi diaorang akan dapat 3 atau 2 tau. Tapi tak kisah lah cik belbel dah guna cara nak dapatkan cpuv/be dalam blog cik belbel ni.

Btw harini 21.10.2015 cik belbel ada peperiksaan online spa - penolong akauntan gred w27 doakan cik belbel boleh jawab ! dapat tak dapat lain cerita yang penting kita dah usaha kan :)

14.10.15

PEPERIKSAAN ONLINE SPA - PENOLONG PERAKAUNAN GRED W27

-Assalamualaikum-
Alhamdullilah syukur pada Allah kerana pada hari tahun baru ni cik belbel dapat update blog ni. HAHA
Harini cik belbel nak share cerita sikit pasal SPA8i. Mungkin ramai antara kita yang dah lama mohon SPA ni tapi langsung takde panggilan. Mungkin tu belum rezeki kita. Alhamdulillah cik belbel dapat panggilan dari SPA untuk buat peperiksaan online pada hari rabu ni. Gembiranya Ya Allah !!
 Ni first time cik belbel dapat panggilan dari SPA ni.

Untuk pengetahuan semua SPA8i sekarang dah di upate setiap bulan. Kalau macam dulu dia update setiap kali ada kerja yang dibuka. So sekarang mudah lah untuk kita semua periksan sama ada permohonan kita berjaya atau tak. Buat masa sekarang sistem SPA mengenakan syarat seorang rakyat Malaysia hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja. Dan ia akan kekal selama setahun. Tapi sekarang bila cik belbel nak buat permohonan baru tak boleh. Kenapa ye??
Mungkin ini satu kelemahan sistem SPA sekarang dan perlu dibaiki. 

Jadi pada sesiapa yang belum check sama ada dapat menduduki peperiksaan online spa ni baik lah check. Sebab sekarang SPA TIDAK AKAN menghantar surat menyurat kepada mereka yang memohon. Ye lah zaman dah moden so sekarang pakai email dan juga num phone sebab cik bel bel dapat panggilan pun dari sms. Jadi korang kene lah update no talifon dan juga alamat email korang di laman web  SPA8i


Hasil carian imej untuk spa8i

22.9.15

VIDEO PERKAHWINAN HANIS ZALIKHA DAN HAIRUL AZREEN

-Assalamualaikum-
Seperti yang kita semua sedia maklum Hanis Zalikha aka Kek Nis dah selamat di ijab kabul kan dengan pasangan Hairul Azreen. Cerita diaorang ni sangat sangat mendapat liputan meluas. Dulu masa Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di astro sangat mengejutkan kita semua.

Selepas daripada senario itu macam macam cerita yang di keluarkan seperti mereka dikecam sebab tak mementing kan adat.

Baru baru ni cik belbel ada terjumpa satu video perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang di kongsikan oleh era.fm 


Siapa tak mata masuk habuk bila tengok video kahwin diaorang sangat sangat hati kertas pasir. HAHA
cik belbel sendiri nak meleleh air mata. HAHA *cam mana lah time cik belbel kahwin nanti yee*





Cik belbel tak dapat nak share video tu dengan korang secara detail dalam ni sebab facebook tak bagi cik belbel download video tu. Baru cik belbel tahu rupanya video di dalam facebook tak boleh download. Ke baru baru je Mark Zurkberg buat macam tu ekk.

Apa pun cik belbel dah share link tu. korang boleh lah tengok dekat facebook yeeee.




21.9.15

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

-Assalamualaikum-
Harini cik belbel sangat bersemangat nak update entry entry blog cik belbel ni. Ahhh pedulik lah korang nak baca ke tak. Yang penting cik belbel nak cerita jugak dengan korang !

HAHA 
Sebenarnya cik belbel nak ajak korang join satu Giveaway yang cik Anies kita ni buat. Hadiah dia cik belbel suka sangat. Cik Anies kita ni nak bagi tudung uolssss !!! Aidijuma lagi !

*Klik banner untuk dapat kan tudung anda *

Apa yang cik belbel kene buat untuk menang tudung tu adalah cik belbel akan cerita kat korang pasal TUDUNG !

Ok disebabkan cik belbel memang seorang yang pemakai tudung. Jadi zaman sekolah dulu cik belbel memang pakai tudung sebab mak ayah cik belbel sangat sangat marah kalau cik belbel tak pakai tudung ! Yelah kita sebagai orang islam wajib menutup aurat. Bukan wajib pakai tudung ye. 

Hasil carian imej untuk jenis tudung zaman sekolah
*cik belbel copy gambar ni dari google* 
terima kasih pakcik google.

HAHA bila teringatkan balik zaman sekolah cik belbel rasa cik belbel ni boleh dalam kategori 1 dan 2 kot. HAHA nampak tak ertapa ayu nya cik belbel kat situ. Cik belbel pernah lah nak try pakai tudung macam no 7 tu tapi bila pandang kat cermin rasa macam nak bunuh diri je. HAHA
Dulu cik belbel seorang pengawas pustakawan jadi kene lah jaga imej sikit kan. HAHA
Korang punya jenis mana ?

Bila kenang zaman sekolah kan cik belbel boleh ketawa sendiri bila teringat zaman sekolah rendah, masa tu memang takde kisah cantik ke tak yang penting main je, lepas makan lap mulut dekat tudung, ada hingus lap dekat tudung. Agaknya dulu ingat tudung tu napkin kot. HAHA
Dulu masa sekolah rendah siap cikgu pakai kan cik belbel tudung lagi sebab cik belbel pakai tudung kedepan sangat macam no 9 tu !! HAHAHA *ketawa kan diri sendiri*
Zaman sekolah rendah memang peberet main tarik tarik tudung. HAHA budak 90-an mungkin rasa kot zaman macam ni. Lelaki ni kan bila nak mengurat je mula lah kacau kacau perempuan, tarik tarik tudung lah. Betul tak lelaki ?? 
Bila dah kene tarik tudung tu terus kebelakang. HAHA lawak nya bila teringat balik.

Ehhhh panjangnya cik belbel flashback zaman cik belbel ni. HAHA
Apa cerita korang ? Meh lah share jugak kot2 terpilih menang tudung tu.

Giveaway ni akan tamat pada 24.09.2015 :)



ASAM PEDAS MELAKA KE NI ??

-Assalamualaikum-
 Good morning semua! semalam hari ahad yang lalu cik belbel ada jalan jalan dekat Bandaraya Melaka! Boleh tahan nak patah jugak lah kaki ni. Ok cik belbel bukan nak cerita pasal trip cik belbel ni dulu tapi cik belbel teruja nak cerita pasal satu tempat makan yang cik belbel sendiri dah makan dekat situ.


Kedai dia berdepan dengan menara taming sari. Asam Pedas JR.
Ok cerita dia macam ni, kitaorang sampai melaka dalam tengahari. So cari lah tmpat makan, dan sorang daripada kitaorg ni teringin nak makan ketam. Ok lah kitaorg pun nampak kedai ni. Masuk dan duduk. Makanan di kedai ni base dia asam pedas dan makanan laut sahaja.
Cik belbel and the geng order lah 

Nasi tiga pinggan
ketam goreng 3 ekor
udang galah 2 ekor
Telur ikan asam pedas ( cik belbel minta sikit je )
Ikan pari asam pedas ( sekelar )
Air teh o ais 2 air oren 1 dan air kosong 1.

Dan yang sampai...


Nasi tiga pinggan 
ketam goreng tiga ekor 
Udang galah 4 ekor
telur ikan asam pedas 4 ketul ( besar ) 
Ikan pari asam pedas 2 kelar
Air teh o ais air oren 1 dan air kosong dalam cawan yang orang biasa berniaga kat pasar.


udang dia memang besar besar. Tapi tak fresh, bila kita dah selalu makan seafood kita akan tahu sama ada udang tu udang baru atau lama. Daging dia dah lembik tu yang buat kitaorg tahu udang tu dah di simpan lama.

Dia dihidangkan dengan kuali sekali. Agak banyak untuk makan sorang. 
Dan rasa asam pedas dia tak power.
Bila dia cerita pasal makan ni susah nak describe sebab tekak orang lain lain kan. Ada yang suka pedas ada yang tak. 
Mungkin tekak cik belbel dah terbiasa makan asam pedas Johor jadi bila makan asam pedas melaka ni macam kurang kene dengan tekak.

Dan sebenarnya kitaorang tak expect harga dia makanan ni sampai RM 172.00! !!!
Hahahaha
ni first time cik belbel makan bertiga dengan harga RM 172! !!

Mungkin bagi yang dh biasa dengan makanan seafood kata 
"oklah tu harga dia dengan apa yang korang makan "
Apa komen korang?





PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu