30.11.14

#1 MENANG SEGMEN DARI SITI YANG MENAIP !

-Assalamualaikum-
Haa gambar telah menceritakan segalanya 
Yeayyy cik belbel menang segmen dari SITI YANG MENAIP
Terima kasih awak !
 Nak tahu cik belbel dapat apa?

Taraaaa ! keychai dari Sarawak. Sapa kata kena pergi Sarawak baru boleh dapat barangan Sarawak. Join segmen pun boleh tau. Hehe

Postmen datang rumah tiba tiba cik belbel dapat surat, terkejut jugak sebab cik belbel ni memang susah nak dapat surat. Sekali bukak baca note rupanya hadiah segmen. Terharunyaaa!!

Walaupun CT kata tak payah buat entry khas tapi cik belbel tetap nak buat sebab ni hadiah pertama cik belbel sepanjang cik belbel join segmen dalam blog ni. Terima kasih sekali lagi 
Nanti pergi lah travel lagi boleh buat segmen lagi. Hehe

**NOTE
Walaupun hadiah join segmen dalam blog ni tak seberapa. Tak kisah la menang dapat masuk bloglist ke dapat keychain ke dapat RM 100000 ke. Bila kita menang tu kita akan rasa Ya Allah bestnya.. Yelah kita tak payah bersusah payah dah ada orang bagi kita hadiah. Kan? 

#CPUV OLD TOWN WHITE CURRY SERIES

-Assalamualaikum-
Lately cik belbel selalu blogwalking pukul 12 am ke atas sebab time time macam ni lah iklan cik belbel dalam blog ni nak muncul. Kalau macam siang tu cik belbel nak jumpa iklan sendiri pun susah.
Alhamdulilah nuffnang bagi lagi cpuv baru OLD TOWN WHITE CURRY SERIES


Nak cerita sikit lah pasal Old Town White Coffee ni kan. Dulukan cik belbel study kawasan segamat. Dan kalau nak lepak jalan jalan dekat segamat tu memang cuma ada One Segamat je lah kan sebab selalu pakcik bas memang turunkan student dekat situ. Nak dijadikan cerita ada kaitan dengan cpuv ni dalam One Segamat tu tak banyak kedai makan and kitaorang selalu serbu Old Town nio lah kalau nak mencekik. Makanan dia super duper superb ahhh !! Kalau tak pekena dia punya ice blend cik belbel panggil. (tah apa nama air tu)

Ehh macam panjang pulak bercerita kan. 

HOT ! TONTON SLOT SAMARINDA ZAHIRA TV 3

-Assalamualaikum-
Disebabkan entry yang lepas pasal slot samarinda Zahira ni menjadi keyword yang sangat power. Jadi cik belbel nak hadiah kan korang link cerita Zahira !!
InsyaAllah cik belbel akan terus terus update cerita ni sebab cik belbel minat gilaahhh !

TONTON ONLINE SAMARINDA ZAHIRA 
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
EPISOD 13

DAN

TAMAT

29.11.14

HOT ! TONTON MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 MINGGU KE 3

-Assalamualaikum-
 
Ok malam ni cik belbel nak update pasal Maharaja Lawak Mega Minggu ke 3 ni. Cik belbel mintak maaf sebab untuk minggu 1 dengan 2 tak dapat nak update sebab cik belbel kurang kesedaran nak update slot ni. HAHA
Ok start minggu ni insyaAllah cik belbel akan cuba follow slot Maharaja Lawak Mega ni ye ye ye !

TONTON ONLINE MINGGU KE 3 

27.11.14

HOT ! DRAMA TV3 SLOT SAMARINDA ZAHIRA

-Assalamualaikum-
Pisang goreng panas bila cerita Slot Samarinda menayangkan cerita berjudul ZAHIRA. 
Drama ini mengandingkan pelakon pelakon hebat seperti

Adi Putra sebagai ENcik Iqbal
Zara Zya sebagai Zahira
Fazren Rafi sebagai Zahid

BEEF CRABBY PATHY

-Assalamualaikum-
Ok selamat hari khamis ! Buat apa harini ?
Harini cik belbel nak share dengan korang cara buat craby pathy ala ala spongebob squrepants tu . HAHA
Sorry lah gambar tak berapa cantik sebab hujan (alasan)

SCHOOL HOLIDAY GIVEAWAY BY DEL

-Assalamualaikum-
Bismilah
Bulan ni banyak nak join GA. Hehe
 cik belbel nak join Ga cuti sekolah dari Del ni haa
Jom !
 

GIVEAWAY KUSARAH 2014

-Assalamualaikum-

*klik banner untuk join

26.11.14

KONTEST TEKA GAMBAR VMY2014

-Assalamualaikum-
Contest kali ni agak mencabar dan lain daripada yang lain uolss !
Jom try :) 
Kontest Teka Gambar VMY2014
Sertai Kontest Teka Gambar VMY2014 Anjuran HASRULHASSAN.COM.
Klik SINI: Kontest Teka Gambar VMY2014

25.11.14

GIVEAWAY KERUSIBUROK : OLE-OLE PHUKET!

-Assalamualaikum-

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

TAMAT
3 DECEMBER 2014
Jom join !

GIVEAWAY BY NDE

-Assalamualaikum-

CLICK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway yang dianjurkan oleh Ndedzafirah ini menawarkan hadiah-ii menarik menanti anda. Kami mencari seramai 4 orang pemenang sahaja. Pemilihan pemenang berdasarkan Top referral dan Random.org. Jadi, mari ramai-ii memeriahkan Giveaway by NDE ini. { senarai hadiah }

TAMAT 
30 NOVEMBER 2014

24.11.14

GIVEAWAY EPHYRA SKIN BAR DI MIALIANA.COM

-Assalamualaikum-


#CPUV LAGI || ALTEL DIGITAL CAMPAIGN

-Assalamualaikum-
Selamat hari isnin semua !! 
Memang routine cik belbel bila pagi je akan check nuffnang. Alhamdulilah harini nuffnang bagi cpuv lagi

 Cpuv lama still aktiv di dalam blog ni yee yee. Harap earning kali ni lebih tinggi la yekk.
*jangan lupa klik kawan kawan*

23.11.14

JERUK KEDONGDONG ASAM BOI

-Assalamualaikum-
Selamat berhujung minggu, selamat hari ahad. Jangan main hujan mentang mentang sekarang ni musim tengkujuh kan. Biasa lah Malaysia ni hujung tahun memang terkenal dengan musim tengkujuh lagi lagi kalau sebelah pantai timur sana. Berwaspada kalau ada amaran amaran banjir tu. Anak anak tu pantau. Jangan dok lepas ja tak kira la besar ke kecik ke. BAHAYA !

Ehhh membebel pulak iolsss,
Ok disebabkan Johor pagi ni cerah terang benderang. ( update entry ni petang hujan lebat)
Pagi pagi cik belbel bangun cik belbel ternampak satu besen buah kedongdong ni. Haa apa lagi dalam kepala ni dok ingat jeruk magga aritu je. Magga takde kita bedal je lah kedongdong ni.

Dulu cik belbel guna asam merah tu, tapi kali ni cik belbel try asam putih pulak. Kali ni cik belbel yang buat jadi cik belbel tak letak lada cili sebab cik belbel tak suka la makan buah dengan lada. Apa kepelek tu.


Ni lah rupa dia. Nampak menarik kan? lepas siap semua kita apa yang letak plastik nipis tu, apa apa je lah. lepas tu simpan dalam peti dalam 1 - 2 jam. makan sejuk sejuk la sedap. Kalau macam mangga bila letak dalam peti dia berair dan lembik. tapi kalau ni dia still keras dan sedap. 

OK? Jom try !

22.11.14

CABARAN 10 HARI BLOGGING || DAY 1 : SUBJEK KEGEMARAN

-Assalamualaikum-
 
Cik belbel terjumpa cabaran 10 hari ni dekat blog Wani comel ni. So cik belbel try lah join. Hikhik

SUBJEK KEGEMARAN

Ok cik belbel suka subjek yang ada kira kira lebih dari subjek membaca. Bila buat subjek mengira cik belbel boleh buat sambil dengar lagu. Tapi bila subjek membaca cik belbel kena duduk sorang sorang dan otak memang kaw kaw kena fokus lah. Kalau tak memang baca terus lupa. Senang cerita cik belbel suka subjek Matematik lah.

any ? HAHA.


GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGERS

-Assalamualaikum-
 
*Klik banner untuk join*

Bismilah...
Kali ni cik belbel join GA yang simple tapi hadiah dia menarik dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Nak tahu syarat boleh klik banner tu. Kalau nak tahu hadiah pun klik banner tu ye.

Cik belbel Tag 

TAMAT
12 DIS 2014 
JOM JOIN !

1ST GIVEAWAY BY ANAMIZU

-Assalamualaikum-
 
*klik banner dan join bersama*

Selamat pagi sabtu. Jom harini kita pulun join segmen. Sebab banyak dah segmen yang cik belbel join dah tamat. So nak topap yang baru. Dapat tak dapat lain kira yang penting join. HAHA

Jom join !
Hadiah hadiah dia boleh la usha kat link banner tu :)
 TAMAT
28 NOV 2014

21.11.14

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YANA PINK BLOSSOM

-Assalamualaikum-


Assalamualaikum w.b.t.


Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!

Ucapan :
Selamat hari lahir yana blossom. Semoga berjaya dunia khirat menjadi muslimah sejati insyaAllah. Diberi nikmat terus oleh Allah swt. 
Dan
Nama saya cik belbel. HEHE

SIMPLE 1ST GIVEAWAY BY BEBA IFA

-Assalamualaikum-
Hari ni cik belbel di tag oleh Nad Dea  untuk join segmen Beba ifa ni

*klik banner dan join*

Tujuan segmen ni di adakan adalah untuk menghargai follower beba ifa. So apa lagi jom lah join sama sama support kawan blogger.

cik belbel tag

19.11.14

GIVEAWAY RM100 UNTUK SEORANG PEMENANG BERTUAH

-Assalamualaikum-
GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.
Cik Belbel TAG
Nadya Shafiqa
Nad Dea
Izzati Amira
Sara Liyana

*Selamat join*





LA TAHZAN INALLAHAMANA

-Assalamualaikum-
 
sumber gambar Google

Allah sebaik baik pencipta. Allah telah aturkan yang terbaik buat hamba nya. Tak ada manusia yang mahu hidup dengan kesusahan dan kesedihan. Tapi cuba kita bayangkan kalau tak de hujan macam mana kita nak tahu pelangi tu macam mana, apa warna pelangi kan. 

Jadi yakin lah setiap kesedihan kesusahan yang kita alami pasti ada hikmah nya. Apa hikmah nya? Tak suprise la macam tu.. HEHE

sumber gambar google

Walau apa pun terjadi cuba lah ikhlas kan hati, redha kan lah segalanya. Meski pun pahit cuba lah untuk tersenyum kerana senyum adalah penawar segalanya.
Sesungguhnya Allah tahu apa didalam hati kita. Allah akan bersama orang orang yang sabar dan ikhlas dengan apa mereka lakukan. InsyaAllah.

17.11.14

#CPUV LAGI

-Assalamualaikum-
Alhamdulilah  nuffnang bagi lagi cpuv. Dulu dapat cpc inity 2014. Ni dapat 2015 pulak. Dah setahun rupanya blog ni.
Kalau korang nampak iklan iklan ni. Mohon di klik yaaa.
Terima kasih nuffnang! Muahh ciked :*

16.11.14

ROJAK PETIS MAK CHEFF BELBEL

-Assalamualaikum-
Hari ni cik belbel teringat pasal rojak petis yang mak cik belbel bekal kan masa cik belbel kerja kat johor dulu. Cik belbel ni susah nak makan sayur, bila tengok rojak ni pun sebenarnya teringin nak makan tapi takut tekak tak telan. 
Haaa! tapi rojak petis kali ni cik belbel makan sebab kuah kacang dia yang superb power !
Kalau rojak ni cik belbel paling suka makan sengkuang dengan timun jelah. Yang lain tu buat sedap mata memandang je. kiki
Ni antara bahan yang mak cik belbel letak la dalam rojak petis ni. Ada sengkuang, timun, taugeh, nanas, yang hijau tu tak salah kangkung dengan kacang panjang. Semua ni dia celur celur je. Bukan rebus tau. Ehh nanas tu jangan pulak celur kang jadi air nanas pulak.

Ni la yang menyebabkan cik belbel sanggup makan sayur tu semua. Kuah kacang dia. Kuah kacang dia tak macam kuah kacang sate tu. Nak share macam mana buat pun cik belbel tak tahu sebab yang ni cik belbel tukang makan je. HAHA maap yaa ibuk bapak semua.



1ST SEGMEN BLOGWALKING & KENALI BLOGGER BY NAD DEA

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Hari ni cik belbel ada semangat yang sangat kuiat untuk join segmen Nad Dea ni. Kenapa? ahh sebok jee. HEHE

*Klik banner dan kenali blogger *

Syarat nak join segmen ni korang kena cerita or bagitahu 10 fakta tentang diri korang. Kata nak berkenalan kan. HAHA
Tapi apa cik belbel nak tulis ni tak tahu lah fakta ke auta ea. HAHA 

Fakta (yeke) Cik Belbel
  • Cik belbel seorang perempuan dan berumur 21 tahun ( tu yang memang fakta ok) HAHA
  • Cik belbel suka warna hijau. Tapi bila beli barang mesti pilih warna lain. HAHA (tah kenapa)
  • Anak bongsu tapi tak manja pun dengan parent sebab dah di didik supaya independent, jangan mengharap ihsan orang lain.
  • Suka makan bila bosan ( sebab tu debab macam ni )
  • Suka masak makanan yang cik belbel suka je. Tapi kalau dah masak mesti tak makan or makan sikit sebab suka tengok orang lain makan.
  • Seorang yang cepat jelouse sebab tu sampai sekarang still tutttttttttt.....
  • Suka membebel dalam blog, bila face to face lagi lagi berdua memang malu dia masyaAllah !! HAHA. Cik belbel akan be myself bila dengan orang yang rapat and dah lama kenal macam tu.
  • Mood selalu berubah macam angin monsun. Bila lagu dalam blog ni jiwang paham paham lah, angin dalam hati tengah sepoi sepoi lah. HEHE
  • Suka Chipmunk ! Dulu ada patung tu dan sekarang chip2 dah arwah kene sembelih dengan mak. HAHA
  • Ada cita cita nak jadi novelis tapi ahh abaikan. OK HABIS ! hahaa
Korang nak join ? Jom lah ! Lepas tu share link boleh cik belbel baca jugak ! hehe

TAMAT
21 NOVEMBER 2014

15.11.14

1ST SEGMEN BLOGWALKING BY CIK PELANGI

-Assalamualaikum-
Selamat hari sabtu. Selamat hari malas. Selamat lah semuanya. hehe
Malas malas pun jom support cik pelangi buat first segmen dia


 *Klik Banner dah join bersama*

Cik belbel jalan jalan blogwalking ni tiba tiba sampai kat blog cik pelangi ni. Comel blog dia. HEHE
Secomel dia punya banner tu.
Apa lagi jom kita join segmen ni sama sama !

TAMAT
23 NOVEMBER 2014

14.11.14

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

-Assalamualaikum-
Kali ni cik belbel nak ajak korang korang dan korang join segmen ayuinsyirah ni. Dia ni memang rajin join segmen sebab cik belbel dah lama follow dia. HEhe

*klik bannner dan join*

Cik belbel nak tag kawan kawan tapi takut tak sempat. Takpe nanti cik belbel tag korang okeh? Arigatoo !
Semoga berjaya !

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER

-Assalamualaikum- 
 
Selamat pagi jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ada adalah rezeki kita join segmen ni. HEHE

Nama pena : Cik Belbel
Link blog : http://blogcikbelbel.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Johor Darul Takzim


Senang je kan segmen kali ni ? Apa lagi mari kita ramai kan lagi yang join :) 

13.11.14

DONUT GEBU GEBU CHEF BELBEL

-Assalamualaikum-
Ok ni cik belbel nak story tadi petang punya kerja.
Disebabkan cik belbel sudah menjadi "suri rumah" sepenuh masa jadi ini lah hasilnya.

Kalau buat sendiri rupa dia memang kurang menarik. HAHA


cara cara senang je nak buat. Cik belbel start buat dalam pukul 3 pukul 5 dah siap.

Bahan bahan 
1/2 kg tepung gandum
3 sudu mentega cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula pasir
1/2 peket yis
sebiji telur ayam
garam secukup rasa

Rasanya tu je kot bahan bahan dia. HAHA

Cara cara
Masuk kan susu dan gula dan campurkan air SUAM. Lepas gula dah larut masuk kan yis tadi dan kacau. Kita kena guna air suam sebab takut yes tu mati. Yelah yis ni macam benda hidup tau. Kalau kita letak air panas matilah yis tu kang. Kalau masuk air sejuk kang kejung pulak yis tu. Ok kita biarkan yis tu sampai dia berbuih. 

Dalam bekas yang lain ayak kan tepung gandum supaya dia ringan. Buatkan lubang di tengah tengah, dan masuk kan mentega yang telah cair. Gaul kan. Setelah sebati masuk kan telur. Gaul kan. Opss ! sebelum tu jangan lupa tambah garam tau. Kang terlupa pulak.

Ok selepas beberapa minit dah yis tu pun dah kembang, Masuk kan yis tu ke dalam adunan tepung tu. Doh tepung ni memang kene lembik sikit sebab nanti dia nak kembang. Lepas dah adun kan semua bahan dan bahan tu pun dah jadi doh boleh la biarkan sekejap bagi doh tu kembang kebabom !

Lepas doh kembang, sapukan tangan dengan tepung *takut tangan melekat* dah ulikan lagi. Lepas tu boleh la bentuk bentuk kan donut korang dan goreng !

OK? Lepas dah siap goreng korang boleh la buat topping dia, nk letak coklat ke gula ke tu semua terserah dehh. 

Dapat? Apa lagi selamat mencuba ! cayyokkkk!

PS ! Donut ni untuk kawan cik belbel yang tak penat singgah blog ni. Ehh jemput makan. HAHA

SARAWAK SHOPPING HAUL'S GIVEAWAY BY SITI YANG MENAIP

-Assalamualaikum-

Halooo haloo rasa macam dah lama tak join GA kan. Asyik entry pasal makan je cik belbel ni.
*klik banner untuk join*

GA kali ni pemenang dia ramai tau. Boleh lah kita reramai join sesama.
Nak tau apa hadiah dia? Ushaa blog cik siti kita.
Selamat bersegmen semua
#MajulahBloggerMalaysia

TAMAT 
16 NOVEMBER 2014

THURS-WORD

-Assalamualaikum-

Setiap hari Allah beri kita peluang untuk kita perbaiki diri. Jangan mengharapkan orang lain sebab belum tentu orang tu sendiri boleh surive untuk diri dia.


12.11.14

BUBUR SENTOSA DI JOHOR BAHRU

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Lately cik belbel asyik buat entry pasal makan je kan. Entah kenapa pun tak tahu.
Minggu lepas cik belbel dengan sorang kawan ni pergi lah ronda ronda cari makan dekat kawasan bandar johor ni. 
Kawan : Pernah makan bubur sentosa?
Aku : Tak lagi, tapi macam pemes je.
Kawan : Nak pergi tak ?
Aku : *tengok jam* Ok boleh lah.

Cik belbel nak bagi alamat pun cik belbel bukan tahu sangat jalan dia. Tapi kalau korang waze korang cari je kawasan nama SENTOSA.

Dalam hati cik belbel " Biasa je bubur ni"
YES! Memang nampak biasa tau bubur ni, Tapi bila dah campur kan semua barang barang dia pehh.
Lepas tu kompem korang akan terkenang kenang makan dekat sini.


Kawan cik belbel pesan kerang bakar. Sedap boleh tahan. Kerang dia pun besar besar.
Cik belbel pesan sate tapi lupa pulak nak snap. HAHA

Sate dia not bad la, 10 cucuk harga around RM8 termasuk nasi, timun and bawang.

Kat rumah sebab rindu nak makan bubur ni. Try juga la masak bubur sendiri, rasa dia lain beb ! Haha
cik belbel minat dia punya sambal bilis tu. SODAPPP !

*Kalau datang Johor pergi lah makan dekat sini. Bukan cuma ada gerai Bubur je tau lebih 10 gerai pilihan ada dekat sini. kadang kadang ada juga band yang buat persembahan. Siokkk ahhh !*

11.11.14

JERUK PELAM ASAM BOI YANG SEHANGAT ASMARA

-Assalamualaikum-
Bismilah jemut tengok lagi.. Haha
Fenomena Jeruk Asam boi ni masih lagi hangat diceritakan. Jadi bagi mengikut perkembangan semasa cik belbel dan kakak telah cuba membuat nya.
Tapi silap la cik belbel suruh kakak cik belbel yang buat memang pedas dia masyaAllah...
Dah la cik belbel ni anti pedas, cili dua biji pun cik belbel kata pedas, dia kakak ni rilek je makan. Siot ahhh !
Sebenarnya kiteorang kompius malam tadi nak pakai asam putih ke asam merah ni. Jadinya cik belbel beli jelah asam kale merah ni, menariksikit dak kaler dia. *pewarna kuat woi*
Tamak haloba buat sampai 1 besen ni. Dah kata buat sikit je degilll.

Rasa nya bahan bahan dia tak payah cik belbel bagitahu kan. Mesti punya korang dah tau.
Apa lagi selamat mencuba lah :) 
*jangan makan banyak banyak kang sakit perut*
HEHE

9.11.14

PISANG GORENG CHEESE DAN NASI LEMAK HIJAU

-Assalamualaikum-


Bismilah..
Jemput tengok semua. Haha
LARKIN : *macam nak tulis berita pulak* Nasi lemak hijau dan pisang goreng cheese antara makanan pebret cik belbel bila cik belbel singgah larkin ni. Sebab dulu cik belbel pernah study dekat ara larkin so cik belbel tahu lah kat mana area makanan yang power power ni *sebenarnya tak tahu sangat*

Istimewanya nasi lemak hijau ni semesti nya warna dia yang hijau menawan tu kan. Selain tu rasa ayam dia yang berempah tu pehh ! ayam dia pun besar tau dengan sambal ikan bilis dia yang tak pedas dan tawar sangat tu memang sedap lah ! Harga dia pun berpatutan cuma RM 6.00

Fenomena pisang goreng cheese ni belum habis tau, pisang goreng cheese ni pun dekat je dengan gerai nasi lemak ni. Kira diaorang geng la. HAHA
Untuk pisang goreng cheese ni korang boleh minta nak harga RM 3 or RM 5. First beli cik belbel beli RM 3 dulu. Tak cukup. Second time beli time hujan hujan ni haa tamak haloba beli RM5 siap minta dia punya kerak kerak tepung dia tu. Memang special la dia bagi cik belbel kan. Last last tak larat nak habiskan. Tu lah tamak sangat. HAHA

Kalau korang singgah larkin korang boleh pergi kedai ni untuk makan. Selalu nya kedai diaorg ni bukak time petang ke malam macam tu.

Kedai dia berdepan dengan petronas Jalan Langkasuka. Dekat dekat dengan perindustrian larkin la kalau susah nak cari.

Ok? Selamat mencuba *macam aku resipi pulak*

Gottcha !

8.11.14

WHO IS JASMINE THOMPSON

-Assalamualaikum-
Siapakah Jasmine Thompson ni ?
Kenapa cik belbel buat entry pasal dia?
terkenal ke dia ni ?

Haaa ini la yang cik belbel nak jawab ni. Sabar Sabar !
Jasmine Thompson ni adalah seorang artis yang suka buat cover lagu lagu artis. Atau kat Malaysia ni kita panggil artis Youtube. Sebab semua lagu dia ada dekat Youtube. Cik belbel minat dekat dia sebab bila dia cover lagu semua ni pehhh thorbaikk !

Dalam blog cik belbel ni ada satu lagu yang dia cover. Kalau korang power yang mana lagu dia cover? Haha.

 Jasmine Thompson ni baru berumur 14 tahun tau. Yelahh sebab lahir 8 november 2000. Muda kan ? Dan yang pasti dia ni comel la. Nak kenal dia yang mana ?
Macam ada iras iras artis Malaysia kan muka dia?


Macam wawa zainal pun ada juga kan? Ke cik belbel salah pandang ?

Kalau korang perasan masa dia cover lagu Chandelier suara dia bertukar tukar. Memang teruja lah cik belbel dengar suara dia. Kalau korang nak tahu dia cover lagu apa lagi boleh la pergi youtube and search Jasmine Thompson 

Dah la cantik, mana tak nya dia ada mix chinese tau. Hailahh Jasmine

7.11.14

HOLIDAY GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN (PART 4)

-Assalamualaikum-
Cik Sally buat GA lagi. Harap kali ni bertuaa yee sebab hadiah dari korea ni. Geram !

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

SONY XPERIA Z3 FOR CPUV !

-Assalamualaikum-
Nampak tak tu gambar apa? cpuv lagi Alhamdulliah. Terima kasih nuffnang. Walaupun cik belbel tengah busy ni nuffnang still bagi cpuv :)
ok cpuv kali ni memang mencabar sebab Sony Xperia Z3 Launch !
Phone yang cik belbel minat selepas iphon Kenapa? Sony adalah handphone yang camera dia superb beb.
Untuk Xperia Z3 ni dia ada 4 warna. cik belbel minat hitam dengan putih. Kalau lah Sony nak bagi sponser macam Samsung sponser Cik Epal tu bestnyaaa !!! 
Nipis je wei sony ni ! geramnyaaa...

Harga dia around RM 1300. Mak aii, 2 bulan punya gaji woi. Sabar jelahh..
Kalau korang nak tahu apa kelebihan dia
cekedouttt!

nampak iklan jangan lupa klik. hikhik

2.11.14

1ST SEGMEN : BLOGWALKING BERSAMA - SAMA BY KHAIRUNNISA HASSAN

-Assalamualaikum-
Petang petang ahad ni moh la kita main segmen sebelum bekerja ke sekolah ke pada hari esok *ok melalut*
*Klik Banner dan join bersama*

Jom sama- sama support !
 T A M A T
1 DEC 2014 
#MajulahBloggerMalaysia

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu