2.7.14

T U T O R I A L : CARA NAK DOWNLOAD LAGU (MP3)

Bismilahirahmanirahim.
Yuhuuu selamat hari berpuasa yang ke 4. Sekejap je kan dah masuk ke 4.
Lagi 25 hari lagi kita akan berjumpa raya.
Kepada yang dah bekerja or dah berkawin tu siap siap lah sampul duit raya ye. HAHA
Entry siang siang ni tak boleh nak buat entry makan ye dak. Kang ada pulak yang terliur, dah makruh.
Ok, harini cik belbel nak kongsi sikit cara nak download lagu. Sebab ramai yang tanya cik belbel kat mana nak download lagu sebab selalu mesti ramai yang guna 4shared tu kan.
Tapi sekarang 4shared tu macam berhantu sikit. HAHA

Ok ni common cara yang cik belbel selalu gunakan untuk download lagu yang cik belbel suka lah ye.
CARA PERTAMA :
1. Pergi ke Youtube and cari lagu apa yang korang nak download.
2. Copy url yang dekat atas tu. Contoh url yang kat bawah ni.



3. Korang copy url tu dekat Youtube Converter .
4. Lepas dah copy paste korang convert lah and nanti dia keluar link download. SIAP !

 CARA KEDUA :
1. Korang follow macam cara 1 and 2 yang dekat atas tu.
2 . Korang paste kan dekat KeepVid and download terus.

NOTE : Dalam keepvid ni korang boleh download macam macam jenis format lagu. Bukan lagu je korang boleh download, Video pun boleh. Cik belbel rasa yang ni lebih better la.

CARA KETIGA :
 Korang pergi je link link yang memang khas untuk download lagu 

Selamat mendownload !!
- Kalau ada link link yang lagi best untuk download bagilah comment -




ABC OOOHHH ABC !

Assalamualaikum !!
Sorry lah dah lama tak update blog ni ( tak de lah lama mana pun)
Entry cik belbel harini adalah ABC OOOHHH ABC !
Sedap kan? Nak nak lagi tengok time puasa ni. Saje ke dengki dengan korang. HAHA
Sebenarnya, cik belbel rindu zaman belajar dekat Uitm Bandaraya Larkin. Mungkin tak ramai yang tahu ada wujud satu Uitm kampus kecik dekat situ. Start dari situ lah cik belbel berkenalan dengan ABC Kampung Majidee yang superb ni. Sumpah sedap gila !!
Sekarang ni rasa teringin sangat nak makan. Harga dia tak mahal mana pun 
Special = RM 3.00
Biasa = RM  2.50
Ok what harga dia, dengan coklat kacang, cincau jelly bebulat buah kabung dia semua harga dia sangat berpatutan. Dekat situ bukan ada ABC je ada lah lagi kedai kedai makan macam Rojak Asma, Kedai nasi ayam, Nasi campur. Sebab dia medan selera kan.
Kalau sesiapa nak rasa boleh la pergi cuba. Tak menyesal lah. 

 Ni alamat kalau korang nak pergi 
Medan Selera Kampung Melayu Majidee (Jalan Tebrau Lama), 81100 Johor BahruJohor, Malaysia
 MESTI CUBA !!!



PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu