31.12.14

HARGA MINYAK TURUN PADA 1 JANUARI 2015

-Assalamualaikum-
Hyeee ! entry pertama untuk tahun baru :)
Cik belbel dengar dengar minyak nak turun pada 1 Januari 2015 ni iaitu jatuh pada hari khamis? Betul ke?? Ehh esok khamis lah. Hehe
Harga minyak RON95 menjadi RM 1. 90 - RM 1.95 sen seliter? Agak jauh ye dia turun. Ada terfikir kenapa ?
Tapi cik belbel sebagai penunggang motorsikal *bukan milik sendiri* dan tinggal bersama ahli keluarga bila minyak turun naik ni cik belbel tak rasa sangat, yelah tempat kerja pun 3 minit dah sampai naik motor. Isi minyak motor RM2 boleh tahan seminggu kerja kalau tak singgah mana mana. 
Tapi bagaimana untuk mereka yang lain ? Mungkin dengan berita harga minyak Malaysia turun ini akan menjadi hadiah tahun baru buat mereka semua lebih lebih lagi buat mereka yang kurang berkemampuan.


Hanya dengan menaik kan harga minyak secara automatik harga barang juga akan meningkat. yelah, hantar barang kepada pemborong peruncit semua memerlukan kos minyak. Dan ini membabitkan harga semasa barangan. Harap dengan turun harga minyak ini dapatlah peniaga peniaga bertimbang rasa dengan menurunkan harga barang.

Yeayy harga minyak turun woi ! 
 *jangan turun sekejap je sudah la*

SELAMAT TINGGAL 2014

-Assalamualaikum-
Tinggal beberapa jam lagi 2014 akan meninggalkan kita dan tiba lah masa 2015 memulakan segalanya. Mesti macam macam azam, macam macam wish akan keluar dari hati ke mulut kita untuk tahun 2015 kan ? Tapi azam tahun 2014 dah tercapai ke? Kalau tak tercapai bawak bawak lah ke tahun 2015 ni ye. HAHA
Seriusly cik belbel tak pernah ada azam setiap tahun. Bagi cik belbel tak kisah la tahun baru ke bulan baru ke hari baru ke. As long as kita ada niat nak buat sesuatu teruskan. Tak payah  nak tunggu azam lah apa lah. Tu bagi cik belbel lah kan. Lagi orang lain cara kan.

For Malaysia. Boleh kita rumuskan pada malam ni macam macam telah berlaku. Yang paling katara Malaysia telah kehilangan pesawat MH370 MH17 dan yang terbaru ialah QZ8501. Dengan bencana alam yang Malaysia alami iaitu banjir di timur Malaysia. Semoga tahun 2014 ini mengajar kita semua bagaimana untuk menerima sebuah kehilangan dan cara kita sendiri menghadapi musibah itu.
InsyaAllah ada hikmah disebalik semua yang kita alami.

Di manakah MH370
Selamat tinggal MH17
Kita hanya merancang Allah menentukan.
Takziah buat keluarga magsa. Harap tabah menghadai dugaan dunia
Selamat tinggal 2014
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal kisah duka
Tinggalkan yang pahit di 2014 dan 2015 insyaAllah ada yang terbaik yang Allah sediakan untuk kita.
" Dikesempatan ini Saya tuan blog http://blogcikbelbel.blogspot.com  " Blog Cik Belbel "
memohon beribu ampun dan maaf sepajang tahun 2014 saya mengendalikan blog ini ada tersalah silap bahasa yang saya gunakan semasa mengendalikan blog ini. Sama sama lah kita berkongsi ilmu tentang dunia dan juga akhirat. "
SELAMAT TINGGAL 2014 !


#BANTUANBANJIR

-Assalamualaikum-
Ramai yang sedia maklum tentang musibah yang menimpa Negara Malaysia pada akhir tahun ini.
Banjir yang telah melanda Timur Malaysia adalah yang sangat besar pada tahun ni. 
Pelbagai kemusnahan yang di alami oleh mangsa mangsa di sana. Kehilangan rumah, kereta, harta benda.
 
*sumber google*

Mungkin ini adalah dugaan yang Allah beri kepada kita rakyat Malaysia supaya kita ingat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2014 ini.
 Dengan itu cik belbel dah diberi email oleh pihak Nuffnang mengenai #BantuanBanjir yang dijalankan oleh MERCY Malaysia

Haa nampak tak iklan MERCY Malaysia tu ? Kalau kita klik dia akan terus masuk ke facebook MERCY Malaysia. Kat situ kita akan tahu bagaimana kita boleh menolong mangsa banjir ini.
Mungkin pada harini adalah hari mereka dan esok lusa mungkin hari kita. Siapa yang tahu.
Mari lah kita sama sama meringankan beban mereka. 




 

30.12.14

APA LAH MASALAH DIA !

-Assalamualaikum-
Tajuk entry dan tengah menaip dengan rasa yang amat kecewa bila jumpa link macam ni


Cik belbel suka join segmen or Giveaway ni sebab memang boleh naik kan trafik blog kita. Kepada penganjur tu sendiri kenapa dah buat Giveaway or Segmen lepas tu hilang. Ok, for this site cik belbel memang tak tahu apa masalah dia. Mungkin kena banjir kot *tapi tak kan site sampai kena delete or block*
"Honesty is the best policy"
 Cik belbel selalu pegang prinsip kat atas tu. Jujur lah walaupun is menyakitkan *amboi ayat petang petang ni*. Tapi serius jangan lah dah buat Giveaway or segmen lepas tu hilang macam tu je. Yang tukang join ni tertanya tanya tau kemanakah hilangnya blog ni. Masuk ni dah 2 kali la cik belbel terkena. cik belbel ada juga blog lain yang join kan.

Anyone boleh explain ?

1ST GIVEAWAY BY MASS-NAIM

-Assalamualaikum-


Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)


TAMAT 
25 JANUARY 2015

29.12.14

ZUL ARIFFIN TRENDING DI TWITTER DENGAN DRAMA ISTIKHARAH CINTA

-Assalamualaikum-
hyeee uolsss! Tak pernah pernah tajuk entry cik belbel panjang berjela kan. Harini 29.12.14 cik belbel teruja betul bila buka trending  twitter ada nama Zul Ariffin.

Korang ingat tak before ni cik belbel ada review pasal drama tv3 Istikharah Cinta tu yang Zul Ariffin berlakon.
Episod harini sweet sangat tau. Cik belbel rasa cik belbel dah meroyan tengok drama tu asyik senyum je. Hehe
Harini Airil dah melamar Dina kan?
Tak sabar nak tunggu esok ni. Hehe

Sementara tu mari kita doakan keselamatan penumpang dan anak kapal airbus air asia #QZ8501 semoga mereka ditemui dalam keadaan selamat. Amin..

FRIES SALAD YANG SEDAP !

-Assalamualaikum-
Hyeeee ! Cik belbel kembali lagi dengan resepi yang baru !! * macam chef kan gaya aku * 
Ingat tak dulu cik belbel ada share resepi 
Kali ni cik belbel nak share yang bagi cik belbel murah senang dan boleh jadi resepi diet kot. Tapi kalau diet ikut Diet Atkins korang tak boleh makan makanan yang tinggi karbohidrat. Kentang or fries ni kategori karbohidrat tinggi lah.

Taraaa
Haaa ni lah makanan cik belbel di kala cik belbel dilanda kemalasan.
Cik belbel guna fries segera tu je. Hehe
Sayur kobis cik belbel cincang halus,alahh nak buat macam coeslow tu. Campur mayonis dan yang sedap tu sos thousand island. Kalau korang ada sos cheezy weges tu lagi sedap. *terliur*

Senang je kan? Korang kalau malas malas boleh la try, selalu cik belbel makan time sarapan dengan malam. Hehe
See yaaaa!


28.12.14

SAYA KENAL SAYANG SAYA

-Assalamualaikum-
Hyeee ! Selamat hari ahad selamat hari cuti buat yang bukan kerja gov dekat kawasan Johor ni !
Harini cik belbel nak review satu novel yang cik belbel baru khatam baca semalam.
Novel ni bukan terbitan Alaf 21, Penulisan2u, Kaki Novel, tapi terbitan Karya Seni !
Sumpah novel ni best dan kalau korang yang memang gila novel tu cik belbel sarankan bacalah novel ni. Novel ni memang novel cinta ye. Kalau dulu cik belbel paling suka baca novel Aisya Sofia "Adam Hawa" sampai 1 malam tak tidur. HAHA
Karya Nurrul Shuada
"Saya Kenal Sayang Saya"

Tak nampak kan? Google je lah. Kat Penulisan2u ada dia punya cerita. Tapi kena baca sekerat sekerat la. HEHE

Cik belbel yang dah lama tak baca ni mula mula tengok novel ni rasa macam malas nak baca. Tapi mungkin sebab cik belbel bosan kat tempat kerja sebab takde kerja nak buat, Jadi cik belbel pun baca lah novel ni. Cik belbel ni kalau baca novel memang over sikit sampai akak kat sebelah tu cakap
" Dik, kau tengok movie ke baca novel tu dik "
Nampak tak kat situ berapa taksub nya cik belbel. HAHA
Yee, cik belbel suka dengan watak Fakhri Wafiy aka Husband Nur Damia. Caringnyaaa lahai walaupun yang dia tu baru umur 23 tahun. Ni yang buat rasa macam nak kawin je ni. *opssss*

Ok see next novel yaaa !

26.12.14

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA

-Assalamualaikum-
klik banner dan join

waaahh miss yana pergi langkawi la yeayy dia buat GA !!
hadiah menarik dan syarat senang jee.
jom lah ramai ramai join

TAMAT
25 JANUARY 2015

PENCARIAN BLOGLIST 2015 BY BBL - CONTEST

-Assalamualaikum-
Cik belbel teruja betul tengok pageview dengan total visit BBL ni tau. Gempak sehhh !
 
Klik banner dan join

Jom ramai ramai join BBL !

TAMAT
8 January 2015

DRAMA TV3 ISTIKHARAH CINTA

-Assalamualaikum-
Haaa harini hari jumaat ! 
Harini cik belbel nak buat review sikit pasal cerita petang petang tv3 ni aitu Drama Istikharah Cinta. Semalam khamis 25 disember 2014 dah episod 3 cerita ni.
Kalau nak tengok selalunya cik belbel saran kan tengok kat tonton lah HEHE.

Cik belbel buat review ni sebab cik belbel suka dengan watak 
Zul Arifin sebagai  Airil
Faye Kusairi sebagai  Dina
Nonny Nadirah sebagai Aiza
Syazwan Zulkifli sebagai Hanafis

Sweet je tengok Airil dengan Dina ni tau sebab Dina ni bagi cik belbel watak dia sangat happy go lucky. Bila Hanafis tinggal kan dia pun dia still lagi boleh move on sebab bagi dia Allah dah gantikan Hanafis tu dengan Airil. 
Isnin - khamis 
7-8 malam.

alahaii comelnya korang !

Jangan lupa tengok !

25.12.14

MENANG GA KERUSI BUROK !

-Assalamualaikum-
Alhamdulilah ni GA ke tiga yang cik belbel menang. Yeayyy harini dapat hadiah dari kerusi burok! Terima kasih owner kerusi burok !
Ingatkan kerusi burok ada buat contest Ole-Ole Phuket ? 
Sebenarnya dah tahu menang GA ni, tapi cik belbel nak tunggu hadiah dulu baru buat entry.

Ni cik belbel dapat bookmark kerusi burok! yeayy!

The big present ! baju Phuket Thailand ! yeayyy !
*Nasib awak tak beli saiz yang saya minta* HEHE
Dah lama ku tunggu tunggu. Akhirnya !
Terima kasih Kerusi Burok! suka sangat hadiah ni :)
nanti pergi oversea buat GA lagi tau. hehe

24.12.14

GIVEAWAY UNTUK BLOGGERS

-Assalamualaikum-
Giveaway untuk Bloggers
*Kik banner dan join*

Bismilah..
Disebabkan senarai GA yang cik belbel join dah semakin berkurang sebab dah banyak yang sampai due date jadi cik belbel kena topap banyak GA ni. HAHA
Ok jom join this GA, hadiah dia menarik uolsss ! 
Nak tahu hadiah apa usha blog safirulamar.com tak pun korang klik je banner tu.

Senang je kan?
Kepada yang dah join dan nak join tu cik belbel ucapkan selamat berjaya ! yeahhh !

TAMAT
28 DISEMBER 2014

23.12.14

#2 TERIMA KASIH NUFFNANGERS !

-Assalamualaikum-
Cik Bebel nak ucapkan terima kasih kat korang korang yang sudi tengok blog cik belbel yang kelaut ni.
Rasanya haritu macam ramai yang view, tapi kenapa tinggal yang ni je ekk. takpelah insyallah lain kali cik belbel akan cuba update SETIAP minggu ! 

A billion of thank you for you guys !
  1. http://cahayacintanurmawaddah.blogspot.com/
  2. http://seindahnostalgiasemalam.blogspot.com/
  3. http://khudri2337.blogspot.com/
  4. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/
  5. http://nineteencapri.blogspot.com/
  6. http://www.shadawentz.com/
  7. http://famf-tower.blogspot.com/


Sekali lagi terima kasih sudi singgah/ klik nuffnang cik belbel. 
Seee ya !

22.12.14

#CPUV MAGGI ROYALE

-Assalamualaikum-
Rasa macam dah lama je tak naik kan entry. Seminggu cik belbel kerja 12 jam non leave, lepas tu sambung kerja baru pulak. Gila tak gila cik belbel hujung tahun ni. So cik belbel amik keputusan berenti kerja tu dah ppilih kerja yang lagi selamat. Kerja yang ni memang selamat. Tapi harini hari first kerja balik 6.30 terus tidur kaw ! Tah apa yang penat, nak kata penat asik termenung je tadi. Agaknya boss tu bayar cik belbel memang nak suruh termenung je kat kedai tu kot. Banyak sangat dah duit dia agaknya sampai tak tahu dah nak buat apa.

Ehhh bukan tu yang cik belbel nak cerita woi !
Alhamdulilah cik belbel dapat cpuv baru harini ! yeayy yeayy !*lompat bintang sikit*
2 3 hari ni blog kelaut yang dalam dan hampir lemas. Terima kasih nuffnang dan advertiser yang sudi tengok blog cik belbel ni. Alhamdulilah sekali lagi sebab cpuv memang rancak hujung tahun ni.

Cpuv kali ni adalah...
jenggg jenggg

Yaaa itu dia Maggi Royale !!
Maggi dan cik belbel susah nak dipisahkan. Nak nak lagi maggi kari. Pehh macam ada hantu !
Kat tv dah banyak kan iklan Maggi Royale ni.

Korean Spicy
Penang Seafood Curry

 Terima kasih Maggi !

*Kalau korang nampak iklan ni sudi sudi klik lah ye*
Terima kasih semua :)

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu